
Pasti anda nak tahu cara bagaimana untuk kenali penipu online bagi mengelakkan menjadi mangsa scam ini, tambahan kita sering mendengar mangsa scammer atau penipuan jual beli didalam online.
Bagi scammer pula, akan sedaya upaya menggunakan pelbagai taktik untuk memperdayakan mangsa-mangsanya.
Mereka akan menghubungi anda dengan pelbagai cara termasuk melalui:
- Media Social
- Iklan
- Website
- SMS
- Telegram
“Beberapa tanda biasa penipuan atau scammer termasuk tawaran yang tidak masuk akal, tekanan untuk bertindak cepat, permintaan untuk maklumat peribadi atau permintaan wang terlebih dahulu.”
Cara Kenali Penipu Jual Beli Online
Ketika melakukan urusan transaksi jual beli di online, Berhati-hati dan berwaspadalah di sebabkan ada penipuan yang mengaku menjadi seller.
Jika terdapat yang ragukan ini ada sedikit sebanyak panduan sekurang-kurangnya dapat mencegah kita jadi mangsa penipuan ini.
Jelajahi Media Social
Jika anda melihat posting menjual didalam facebook, Instagram, twitter atau tiktok.
Pertama kali anda kena melihat siapakah senarai friend dan adakah friend seller ada komen didalam ruang komennya didalam posting-posting yang lain.
Bio Profile
Ciri-ciri lain perlu dilihat adalah bio profile tersebut, adakah mempunyai gambar profile dan tarikh mula membuat akaun medsos tersebut.
Baca: Cara buat Website Perniagaan mudah dicari
Video
Video-video dari seller adalah sangat penting untuk membuktikan bahawa dirinya wujud dan bukan menggunakan photo orang lain, perhatikan di “posting” medsosnya mengandungi video atau video live, video dan photo profile atau posting photo mestilah selari.
Akaun Bank
Sebelum anda membuat sebarang bayaran, pastikan nama seller dari bio profile adalah sama dengan akaun bank yang diterima.
Untuk lebih memastikan kesahihan anda boleh membuat rujukan akaun bank tersebut dengan https://semakmule.rmp.gov.my/

Laman website ini disediakan oleh Polis Diraja Malaysia yang bertujuan anda tidak tertipu dengan penipu online dan scammer.
Nombor Telepon (Kenali Penipu online)
Jika anda dihubungi melalui whatsapp atau dihubungi oleh penipu online aka scammer, anda boleh mengetahui secara langsung dengan install aplikasi seperti TrueCaller didalam phone anda.

Secara automatik aplikasi tersebut akan blok panggilan dari scammer yang diterima dan anda boleh mengenali nama pemanggil adakah pernah direport sebagai penipu online.
Hubungi Terus “Call”
Kurangkan berurusan hanya melalui masej whatsapp atau melalui media social sahaja, kesemua platform sudah membenarkan anda terus call atau melakukan video call.
Jadi gunakan kelebihan yang ada dengan melakukan call bagi memastikan seller tersebut benar-benar wujud dan tiada unsur sebarang penipuan.
Sikap Berhati-hati dan Kenali Penipu Online
Harga produk yang ditawarkan amat ketara berbeza dengan seller yang lain, contoh: Iphone 13 dijual terlalu jauh rendah sangat hingga tidak masuk akal.
Keghairahan remaja inilah mendapatkan Iphone menyebabkan ramai remaja yang tertipu, harga tetap sama dipasaran tidak akan jauh berbeza.
Kesimpulan
Berhati-hatilah bila membuat sebarang urusan didalam online, lihat medsos mereka adakah aktif serta mempunyai video sendiri dan membuat live facebook, tiktok atau medsos lain.
Lihat cara dia berinteraksi dan lihat adakah adakah sesiapa yang mengenalinya dan pernah berurusan dengannya.
Jangan disebabkan nak MURAH tapi anda akan menangung kerugian.