
Adakah anda masih belum membuat keputusan memilih antara hendak membuat blog atau website? Entri ini akan membantu anda memahami apakah perbezaan blog dengan website.
Antara perbezaan termasuk kandungan, tujuan dan strukturnya. Serta mengatahui lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan setiap platform itu, paling utama yang mana paling sesuai untuk keperluan anda.

Maksud Blog
Menurut Wikipedia, Ciri-ciri Blog adalah memberikan ulasan atau berita mengenai sesuatu tajuk, umpamanya makanan, politik, teknologi atau berita tempatan, sesetengah blog berperanan lebih sebagai catatan peribadi dalam talian.
Blog yang tipikal menggabungakn teks, imej, dan pautan (link) ke dalam blog, laman web, dan media lain yang berkaitan dengan topiknya.
Para pembaca boleh meninggalkan komen mereka dalam format interaktif didalam blog. Kebanyakan blog umumnya adalah dalam bentuk blog teks.
Walaupun ada sesetengahnya perkongsian gambar foto (blog foto), video (vlog), muzik (blog MP3), atau audio (podcast) dsb.
Maksud Website
Menurut Wikipedia, website mengandungi maklumat yang disediakan oleh individu, kumpulan atau organisasi untuk dipaparkan kepada pelayar untuk mendapatkan infomasi atau perkhidmatan yang disedia.
Secara mudahnya, website adalah dokumen electronik atau profil electronik yang dipapar tentang maklumat sesuatu yang terfokus untuk sesuatu tindakan lanjutan.
Contohnya seperti www.wordpress.com, www.blogspot.com, www.jimathosting.com atau yang lain-lain.
Website ini menyediakan maklumat tentang organisasi serta perkhidmatan yang disediakan.
Perbezaan Blog dengan Website
Sebenarnya Blog juga adalah sebahagian dari website. Namun tidak semua website adalah blog dan tidak semua blog adalah website.. (haha pening)
Relak..ini penjelasannya
Blog dan website berkembang sangat pesat seiring dengan kesedaran teknologi internet, baik kegunaan peribadi, orginasasi atau syarikat-syarikat kecil atau besar.
Walaupun pada asasnya blog dan website nama seakan sama tetapi ada perbezaan yang perlu anda ketahui:
Perbezaan Pada Ciri Kandungan ( Blog )
Ciri pertama yang anda dapat lihat adalah dari segi konten, blog biasanya adalah catatan peribadi tentang pelbagai topik seperti:
- Catatan peribadi
- Kemahiran yang menjurus kepada niche
- Topik yang diminati
- Dan lain-lain
Contoh seperti: Blog Cikguseo.com
Anda boleh juga membuat pelbagai tema yang sesuai dengan minat anda atau fokus kepada 1 tema sahaja.
Perbezaan Pada Ciri Kandungan ( Website )
Berlainan pula dengan website yang mana mengutamakan informasi khusus mengenai prosuk atau perkhidmatan.
Jika anda membuat website untuk perniagaan atau syarikat anda selalunya setiap halaman meliputi:
- Profil
- Visi dan Misi Syarikat
- Struktur Organisasi
- Perkhidmatan atau produk
- Cara process
- Lokasi dan Kontak
Perbezaan Blog dengan Website
Blog biasanya menggunakan bahasa lebih sederhana informal untuk mendeskripsikan sesuatu konten, Website pula umumnya menggunakan bahasa lebih formal.
Cara Buat Blog
Jika anda memilihi blog sebenarnya lebih mudah sekarang ini kerana anda tidak perlu mahir dalam coding, hanya sekadar pemilihan template sesuai untuk blog anda.
Website pula anda harus faham coding seperti CSS#, HTML5, PHP dan lain-lain. tapi sejujurnya sekarang lebih mudah, anda boleh melakukan dengan menggunakan CMS dengan template yang sesuai.
Maksud CMS?
CMS adalah singkatan dari content management system, untuk anda membuat dan mengelola website dengan mudah.

CMS akan memberikan anda satu papan pemuka (user interface) di mana anda boleh mengendalikan dengan mudah seperti:
- Membuat menambah page website atau posting blog
- Mengupload gambar
- Menyusun atur penampilan website
- Serta pelbagai keperluan termasuk S.E.O
Ringkasnya, Anda tidak perlu memiliki kemahiran coding untuk mengelola website mahupun sebuah blog.
Self Hosted CMS
Self hosted CMS memerlukan anda install sendiri CMS ke hosting (Perumah) seperti JimatHosting, Sebelum itu, anda harus memiliki Domain (Alamat) sendiri yang boleh didapati semasa pendaftaran Hosting baru anda.
Kesimpulan Perbezaan Blog dengan Website
Proses membina website sama sahaja, kebanyakkan sekarang website ada meletakkan blog sekali, kerana blog mudah dicari berbanding website yang lebih statik pencarian yang agak terbatas.