By | December 8, 2022
kenapa seo dalam website penting

Perkataan SEO mungkin anda sering dengar atau dari bahan bacaan, tapi apakah matlamat sebenar SEO website perniagaan ini, kenapa ia penting untuk  untuk perniagaan anda.

SEO yang bermaksud Search Engine Optimization (Optimumkan Enjin Carian) adalah membantu konten pemasaran anda mendapatkan rank terbaik dalam Google, Bing atau Yahoo.

seo website perniagaan

Strategi SEO Bantu Perniagaan Anda Lebih Terlihat

Sangat ketara jika aplikasikan strategi SEO bagi meningkatkan trafik website anda, mudah terlihat (ranking), mudah dicari.

Penggunakan katakunci yang sesuai dan akhirnya, lebih banyak pelawat terjah ke website anda.

Sebab itu, perlu memahami kepentingan SEO bagi website perniagaan anda yang bertujuan konten anda mendapat rank serta perniagaan kekal berdaya saing dalam dunia internet.

Apakah Kebaikkan SEO ?

Bagi mereka yang melakukan pemasaran secara digital semestinya memanfaatkan dan menggunapakai SEO pada website mereka.

Sebenarnya sangat membantu agar website terlihat pada SERP walaupun ia agak teknikal yang melibatkan pada ON-PAGE atau OFF-PAGE

SERP = Search Engine Result Page

Ia melibatkan pelarasan serta mengoptimumkan fungsi, konten serta promot konten agar mendapatkan SERP yang tertinggi sebolehnya No1 pada halaman carian yang pertama.

Asas Penting Teknikal SEO :

  • Keyword Research
  • Page Loading Speed
  • Image Alt Tag
  • Mobile Resposive
  • Heading & Subheading H1, H2, H3
  • Meta Tag
  • Meta Description

Senarai diatas adalah asas penting yang perlu diketahui dan sebagai permulaan untuk anda lakukan.

Manfaat dari SEO Website Perniagaan

Majoriti aktiviti bermula dari carian, termasuklah penyelidikan produk, perkhidmatan, mencari jawapan pada persoalan.

Pertanyaan yang ditaip kedalam enjin carian lazimnya menggunakan katakunciberkaitan dengan masalah yang dihadapi, sebab itu adalah penting menyediakan konten berkaitan yang berkaitan dengan produk atau perkhimatan anda bagi menjawap pertanyaan-pertanyaan tersebut.

Pelawat lazimnya akan membaca pada halaman pertama yang terpapar di SERP, jika anda mendapat ranking sedemikian sudah pasti banyak penjimatan berlaku dalam pemasaran.

Kesimpulan:

SEO sangat membantu pemasaran produk atau perkhidmatan anda secara percuma, berbanding anda menggunakan kos pengiklanan CPC atau PPC.

Jika anda baca blog ini bermaksud inilah yang dikatakan SEO semuanya dari hasil carian anda!

CPC = Cost Per Click (Facebook, Instagram, Tiktok) / PPC = Pay Per Click (Google Ads)

One Reply to “SEO Website Perniagaan Bantu Tarik Prospek Anda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *