
Salam Sejahtera!
Siapa cikgu seo ini? ramai yang bertanya – tanya sedemikian.
Nama saya yang sebenar adalah Mohd Ridhuan Bin Basar dan berasal dari Kuala Kangsar Perak.
Ramai diluar sana beranggapan saya ini adalah seorang guru sekolah dan juga beranggapan saya ini adalah seorang chinese sebab nama panggilan Cikgu Seo
Bukan Seo tetapi S.E.O yang bermaksud Search Engine Optimization atau bahasa melayu adalah Pengoptimum Enjin Gelintar
Sebelum itu… ini adalah blog saya yang terbaru, kerana blog yang lama telah diusahakan bertahun lamanya hancuss ranap disebabkan kecuaian sendiri. (Database tidak backup)
Alhamdulillah…
Nasib baik Domain masih kekal seperti blog terdahulu tetapi sayangnya banyak artikel yang ditulis tentang tip-tip instagram, tiktok, cara buat Personal Branding dalam Social Media hilang disebabkan Data Base musnah.
Tulisan-tulisan artikel pun tiada disimpan sebab saya suka menulis secara terus ke dalam wordpress. (kalau tidak boleh re-upload semula)
Berani ambil risiko dan terus belajar, kerana apa yang ada hari ini mungkin tidak akan berkesan pada hari esok, tetapi apa yang belajar kelmarin mungkin akan memberi manfaat pada hari tersebut.
Siapa Cikgu Seo : Selalu Dengar Tentang Training Instagram & Tiktok
Betul… Saya banyak membuat kelas training Instagram dan #Tiktokguru pertama di Malaysia.
Telah dihadiri ramai peserta di pelusuk tanah air malah turut dihadiri dari Indonesia dan Singapore.
Bisnes tanpa marketing, Ibarat mengenyitkan mata pada anak dara dalam kegelapan malam, Anda tahu apa yang anda lakukan tetapi orang lain TIDAK.
Konsep saya mudah, bisnes perlukan marketing tidak kiralah bisnes itu kecil, sederhana atau pun besar, Tidak dinafikan juga Marketing memerlukan bajet.
Jadi dalam kelas saya kongsikan teknik bagaimana melakukan ZERO KOS MARKETING.
Serta manfaatkan algorithm social media dengan konten yang sesuai bagi memboleh sesiapa sahaja melakukannya
Paling best boleh menjual dalam online walaupun tiada bajet khusus untuk marketing.
Nanti saya akan kongsikan banyak lagi termasuk topik cara Blog, Seo, Instagram, Tiktok dan lain lagi
Jumpa Lagi..