
Copywriting ialah alat penting untuk menarik perhatian prospek anda, ditambah jika copywriting yang memukau akan lebih membantu menarik prospek secara tidak langsung meningkatkan jualan anda.
Headline Power
Headline adalah element paling penting untuk CTA bagi menyerlahkan lagi ciri unik anda untuk dilawati, kita skip dulu topik ini untuk blog yang seterusnya, di blog ini menumpukan hanya pada copywriting yang memukau dan ciri-ciri wajib ada dalam copywriting.

Apa Tujuan Copywriting yang Memukau?
Copywriting sebenarnya adalah seni komunikasi untuk memujuk, merayu dengan emosi yang terancang dalam kempen pemasaran digital (marketing).
Tujuan utama
Tujuan utama copywriting adalah membuat prospek tertarik disertai ingin lebih tahu dan mengambil keputusan segera walaupun hanya dengan membaca.
Kepentingan Copywriting
Sebenarnya rata-rata terutama jenis perniagaan faham pentingnya copywriting dalam bisnes, bermula era perniagaan secara konvesional yang dibuat untuk iklan diruang akhbar, majalah mahupun kegunaan dipapan-papan billboard.
Era Digital Marketing
Dalam era digital marketing, keperluan copywriting sangat diperlukan, terutama didalam:
- Website
- Landing Page
- Sale Page
- Blog
- Pengiklanan
- Posting di media sosial
- Dan lain-lain
Ciri – ciri Copywriting yang memukau
Dalam membina satu copywriting, perkara yang harus adalah seperti dibawah:
1.Perkenalkan produk atau perkhidmatan.
Matlamat utama adalah memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda kepada pembaca, semakin ramai yang mengetahui kebaikkan dan manfaatnya.
Copywriting membuat produk atau perkhidmatan akan dikenalkan dengan cara unik yang memfokuskan pada USP (Unique Selling Point atau Unique Selling proposition).
USP adalah faktor penting yang menonjolkan melebihi dari pesaing yang ada didalam pasaran. dengan menawarkan yang spesifik lebih berbeza atau servis yang lebih berbeza.
2.Fokuskan pada USP (Unique Selling Point)
Untuk menentukan USP adalah menempatkan diri anda sebagai pembeli, lakukan kajian atau melihat rungutan pembeli di medsos tentang pesaing produk anda.
Jika anda melakukan dalam bidang perkhimatan dan melihat ramai yang membuat rungutan tentang masalah lambat balas mesej, permasalahan ini boleh jadikan sebagai USP anda.
3.Jadikan copywriting yang memukau sebagai Salesman Anda
Copywriting yang baik akan berperanan seperti seorang salesman yang akan memujuk, merayu dengan penjelasan yang tepat.
Dalam menulis copywriting lakukanlah dengan cara SOFT SELLING agar prospek tertarik tanpa rasa dipaksa-paksa sebelum penjelasan belum berakhir.
4.Memberikan Informasi jelas tentang manfaat
Prospek yang membaca copywriting mencari manfaat apa yang akan mereka perolehi, , buatlah informasi yang tentang ini.
Copywriting dengan kata-kata dan susunan kata yang menarik maka prospek akan terasa semakin tertarik untuk membeli produk yang anda jual.
5.Berikan dokumen rujukan atau pengesahan yang sah
Dokumen rujukan atau pengesahan dari pihak berwajib yang sah adalah sebagai pendukung agar semakin yakin untuk membeli produk yang anda jual.
Perniagaan anda akan dianggap serius oleh masyarakat.
Selain itu, prospek juga lebih percaya dengan anda dan tidak menganggap anda sedang cuba menipu.
6.Testimoni adalah alat Closing jualan anda.
Kunci utama dalam menjalankan perniagaan didalam online adalah kepercayaan dan keyakinan.
Testimoni adalah kesaksian kepuasan hati pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan anda.
Testimoni juga berperanan sebagai daya tarik bagi pelanggan baru kerana menyaksikan kesaksian puashati terhadap produk atau perkhidmatan anda.
Testimoni yang terbaik adalah menggunakan video pendek dengan durasi sekitar < 45saat, penggunaan video lebih meyakinkan pada bakal prospek anda.
7.Tulislah copywriting yang memukau dengan bahasa yang mudah difahami
Selain dibuat menarik, copywriting juga haruslah dituliskan dengan bahasa yang mudah difahami, pengunaan bahasa yang mudah difahami oleh prospek agar jelas pemahaman apa yang anda hendak sampaikan.
Kesimpulan
Inilah sebahagian tips untuk menulis copywriting yang efektif, semakin banyak anda menulis semakin mahir anda menulis. bahagian terakhir adalah CTA (Click To Action) akan dikongsikan pada blog yang akan datang!
Menulis copywriting yang memukau dengan dilengkapi ciri-ciri SEO memudahkan konten anda mendapat SERP (Search Engine Result Page)
Semoga ini memberikan manfaat pada anda.